:)Selamat Datang ke Blog Amirmistik
|
|
comments (0)
|
Salam kawan-kawan,
Perjalanan saya bermula kembali kini jauh ke arah timur, Pada awal bulan februari terjadi sebuah kisah dimana telefon bimbit isteri saya hilang..tak tau hilang dimana,saya orang yang susah bukan senang nak beli baru jadi saya minta dengan sepupu saya kalau ada telephone bimbit lama..beliau kata ada..jadi bercadang ingin mengambilnya...tapi sejak kebelakangan tu saya asyik bermimpi sebuah masjid putih..teringat saya kepada Masjid Terapung Kuala Terengganu..teringin juga ingin melawat Tamadun Islam...jadi kembali kecerita asal..jadi pada hari khamis malam jumaat kami pergi untuk mengambil telephone bimbit sepupu saya...bila bertemu sepupu saya,beliau ada kata nak ke Kuantan urusan kerja dan mengajak kami...mula2 kami bersetuju...tapi selepas pulang ke rumah kami batalkan hasrat untuk ke Kuantan dan Kuala Terengganu bersama sepupu.
Jadi pada keesokkan harinya kami membawa anak2 kami pergi Pusat Planaterium Negara untuk mengajar mereka tentang sains..Setiba kami disana..saya menerima panggilan dari sahabat saya yang ingin melawat seorang Ahli kitab..jadi saya juga mengikut dan lawatan kami ke pusat Planatirium batal.Tiba melawat Ahli Kitab berkenaan,ada beberapa pekara yang saya tidak puas hati dengan ahli berkenaan.
Terus saya menelefon seorang sahabat saya di Masjid Kampung Hulu..untuk bertemu dengan seorang lagi ahli kitab.Jadi terus dari Kuala Lumpur kami menuju ke Melaka.Kami sampai di sana lebih kurang waktu isyak.Selepas solat isyak,saya bertemu dengan sahabat saya dan kami terus menuju kerumah ahli kitab berkenaan.
Sampai disana saya bersyukur kerana beliau ada dirumah,kami tak pernah pergi dan sahabat tak telefon dulu..katanya kalau ada rezeki adalah...setelah jumpa ahli kitab saya masih kecewa kerana semuanya kerana wang...
Saudara-saudaraku bayangkan kalau kita ada masaalah kewangan..macammana kita nak sedekah duit atau bayar untuk benda2.Dah banyak pengalaman saya dalam hal ni..jadi kami terus balik ke Seremban dengan nada yang menyesal..pada malam tu saya masih bermimpi Masjid yang sama putih...jadi pada pagi keesokkan harinya saya cuba tenteramkan jiwa saya kerana kalau nak ke timur mesti nak guna wang banyak....tetapi tak boleh terus saya buat keputusan untuk bergerak tanpa ketahui jalan untuk kesana.Tetapi dengan bertawakal dengan Allah s.w.t kami bertolak pada pukul 3.30pm dari seremban.
Kami menggunakan jalan lama menuju ke Kuala Lumpur dan menggunakan jalan lebuh raya Karak menuju ke Kuantan.Takut di hati kami kerana pernah dulu..pergi ke Kuala Berang mengikut sepupu dengan jalan dalam hutan tanpa rumah sehinggakan jarak rumah boleh mencecah 40km tanpa sebarang rumah...tetapi tawakal kepada Allah yang ehsa kuat jadi jalanlah...jadi setelah tempuh lebuh raya akhirnya kami samapai di cherating tempat akhir lebuh raya timur.Kami singgah salah satu gerai makan dan makan malam disana.Kami masih buntu perjalanan ke Kuala Terengganu...Selepas tanya disana orang mengatakan untuk ke Kuala Terengganu ada tiga jam perjalananJam menunjukkan 10pm .
Dengan semangat yang kuat saya meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu,lebih kurang pukul 1.30 am,kami sampai di Kuala Terengganu.Setelah tiba di sana saya terus mencari Masjid Terapung dan ingin bermalam disana,tetapi tak kesampaian kerana Masjid Tutup pada waktu malam, jadi terpaksa lupakan hasrat tidur di Masjid..dan saya bawa kereta hingga ke bandar dan cuba cari mana-mana Masjid yang dibuka untuk musafir,tetapi malangnya semua tutup dan ada yang buka takut tanpa kebenaran imam nanti ada masalah pula..jadi jawab dia tidur dalam keretalah.
Kedengaraan bacaan ayat Al Quran menandakan waktu subuh semakin hampir,jadi kami bangun pergi mandi dimasjid berdekatan dan solat subuh dengan imam.Setelah solat subuh kami teruskan perjalanan untuk ke Taman Tamadun Islam,dalam perjalanan kami singgah untuk membeli sedikit kuih muih dan akhirnya kami sampai di tapak Taman Tamadun Islam.Berdekatannya ialah Masjid Kristal.Terus kami kesana dan membuat solat Masjid dan solat dhuha dan bacaan Yaasin.
Habis semua tu kami terus menuju ke Taman Tamadun Islam, yang baiknya jika anda orang kurang upaya mereka memberi kerusi roda,nasib baik saya mengambilnya..jika tidak habis saya.
Dipintu gerbang jam lebih kurang pukul 9am..kami masuk kedalam dan saya terpegun dengan keindahan setiap masjid yang dibina begitu cantik sekali..bagi mereka yg tak pergi saya hanya katakan mereka rugi..kerana masjid di seluruh dunia yang terkenal dibina berbentuk sebesar sebuah rumah begitu indah sekali,yang paling sejuk dan gembira dapat melihat Masjid Nawabi dan Masjidil Haram...saya sangat gembira dan puas hati seolah olah berada di Kota suci,kami keluar dari Taman Tamadun Islam lebih kurang pukul 1.30pm.
Dengan letihnya..dikatakkan lebih kurang 800meter.Terus kami buat perjalanan pulang kerumah,kerana kewangan kami tidak mencukupi..saya benar-benar bersyukur kpd Allah s.w.t kerana mengurniakan saya dan keluarga untuk melawat sebuah Taman yang penuh dengan berbagai-bagai jenis Masjid..nasib baik isteri saya pun bawa kereta kalau tidak sambung tidur diatas jalan lagi la.kami sampai lebih kurang pagi pukul 1am.
Itulah kisah saya..

Masjid Kristal




|
|
comments (1)
|
Setelah selesai di Makam Tok Sultan Abdul Samad,kami meneruskan perjalanan ke utara menuju ke Negeri Kedah untuk ke gunung Jerai.Gunung Jerai terletak di daerah Gurun.Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 9 jam.Kami tiba di kaki gunung Jerai lebih kurang pukul 1am.
Oleh kerana baru hari itu kami datang, jadi kami telah bercadang untuk bermalam di surau yang terletak di kaki Gunung.Mula-mula kami sekeluarga tidur di wakaf surau tersebut..ketika kira-kira setengah jam anak-anak saya mula menangis digigit nyamuk,kerana tak tahan gigitan nyamuk,kami terus masuk kedalam kereta dan tidur didalam nya.
Kira-kira jam 5.50am kedengaraan Azan,tapi bukan disurau di masjid yang berdekatan.Kami terus menuju ke masjid dan tunaikan solat subuh.
Kami mandi dan bersarapan di kedai yang terletak disebelah masjid.
Surau Di Kaki Gunung
Pemandangan Gunung Jerai Dari Masjid Tempat Kami bersolat
Setelah selesai semua,kami mulakan perjalanaan untuk mendaki Gunung Jerai,Kami menggunakkan kereta untuk mendaki gunung.Setelah bertanya dengan penduduk disana,kami diberitahu bahawa pendakian tidak lah terlalu susah.Lega hati saya kerana kereta tidak diservis breknya.Jadi kami mulakan pendakian,dalam perjalanan kami rasa lega kerana terdapat mereka dari pihak -pihak kerajaan yang sedang menjalankan aktiviti sukan.
Bila kereta mula mendaki dan bila ketinggian mula meningkat jalan menjadi tajam,mula -mula saya berasa amat takut tetapi saya bertawakal kepada Allah s.w.t akhirnya sampai saya ke satu simpang kira-kira 30 minit.Disimpang tu terdapat satu papan tanda satu menghala ke Perigi Tok Sheikh dan satu lagi ke Tempat penginapan.
Jadi saya terus ke tempat yang ingin saya tujui iaitu tempat Tok Sheikh.Perjalanan ke Tok Sheikh agak dalam dan sangat curam takut juga pada mulanya tetapi saya bertawakal kepada yang ilahi.
Kira-kira 3minit perjalanan kami sampai di tempat Tok Sheikh,lega hati saya melihat melihat ada beberapa orang sedang berkerja di kawasan tersebut.Mereka menjalankan penanaman bunga
disana.
Inilah kawan-kawan tempat Tok Sheikh,maaf kawan-kawan gambar telaga tak dapat saya tunjukkan kerana terdapat sedikit masalah teknikal.
Kami berada disana kira-kira satu jam,ambil air telaga,baca surah Yaasin dan berehat.Kawan-kawan air telaga amat sejuk sekali dan sedap sekali.Apa keistimewaannya kawan-kawan air akan jatuh kedalam telaga yang dibina tetapi airnya tak akan melimpah dan tak akan kering kalau diambil seberapa banyak.Kekuasaan Allah s.w.t kepada Aulia-aulianya.Setelah itu kami terus beredar kerana kuathir hujan kerana ini adalah musim tengkujuh.Dengan memohon berkat Tok Sheikh kami mula turun dari Gunung.
Seterusnya perjalanan kami......
Telaga Tok Sheikh Abdullah Al-Yamani
Kawan-kawan hadiahkanlah Al Fatiha kepada Sheikh Abdullah Al Yamani dan Sheikh Ahmad Gunung Jerai. Al Fatiha
|
|
comments (0)
|
Salam kawan-kawan,
Pada 1/12/09 yang lalu saya telah membuat perjalanan ke Gunung Jerai kali kedua,Niat saya ke saya adalah untuk melawat tempat keramat Tok Sheikh Abdullah Al Yamani dan Tok Sheikh Ahmad yang berada di puncak Gunung Jerai.Bukan sekadar niat itu sahaja,tetapi untuk abang angkat saya yang terlalu terdesak dalam masalah kewangan.Saya ke sana untuk memohon doa berkat Tok Sheikh.
Perjalanan kami bermula pada pagi lebih kurang jam 11.00am.Sebenarnya saya tidak mempunyai badjet untuk perjalanan ini akan tetapi saya bertawakal kepada Allah s.w.t supaya merahmati perjalanan kami.Dengan membekalkan wang sebanyak rm300 dan berhutang kepada ibu saya sebanyak rm200 kami mulakan perjalanan.Saya bertolak dari seremban menuju ke Makam Sultan Abdul Samad Jugra Banting.Makam tersebut terletak lebih kurang 70km dari tempat saya.Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2jam kerana mengikut jalan lama iaitu labu,sepang,dan seterusnya.
Setibanya disana,terdapat sebuah Masjid dikaki bukit tepat dipersimpangan untuk ke Makam.
Keindahan Masjid tak dapat saya gambarkan jika kita lihat dari jauh sebelum kita sampai ke hadapannya.Dengan kubah berwarna diRaja dan dikaki bukit saya terpegun dengan keindahannya.
Sebelum sampai, kami singgah untuk makan tengahari disebuah Kedai Nasi Ayam di Bandar Banting. Tiba kami di Masjid jam 2.05pm.kami singgah untuk solat zohor.Saya sembahyang solat zohor,solat hajaat dan bacaan yaasin.Kemudian kami bertolak menuju keMakam Tok Sultan Abdul Samad yang kira-kira 1km dari Masjid.Makam Tok berada di atas bukit.

PINTU GERBANG UNTUK MASUK KE KAWASAN MAKAM


PINTU MASUK KE MAKAM

MAKAM SULTAN ABDUL SAMAD (JUGRA BANTING)
Kawan-kawan,
Hadiahkanlah Al Fatiha kepada Tok Sultan Abdul Samad Jugra Banting.
Setelah tiba di Makam Tok Sultan Abdul Samad,Saya dan keluarga menghadiahkan Surah Yaasin dan memohon Doa berkat Tok untuk saya dan Abg Angkat saya.Sebenarnya, yang memperkenalkan Makam Tok adalah abg angkat saya.Jam kira pada masa tu kira-kira 3.30pm.Dan saya bergerak untuk menuju destinasi yang agak jauh iaitu ke Gunung Jerai.
|
|
comments (0)
|
Salam kawan-kawan..pada 13/11/09 yang lalu saya telah bermimpi.Pada awal pagi sabtu..jam 3am waktu saya bermimpi saya seolah-olah berada dirumah lama saya dan menuju kebelakang rumah dengan berpakaian jubah.Saya sebenarnya asal dari Kedah Bedong.Rumah lama saya terletak berhampiran dengan Gunung Jerai.Dulu masa kecil pernah sekali saya pergi ke Gunung Jerai.Ok sambung balik..dalam mimpi tersebut seolah menjemput saya ke sana...Pada awal pagi saya solat subuh dan buat solat istikarah mohon petunjuk dari Allah s.w.t .Hati saya kuat ingin ke sana,jadi saya mengajak isteri untuk temankan saya...mula mula dia menolak dan kemudian saya pujuk tetapi gagal..kemudian saya ajak anak-anak ke taman permainan..kot jam 9am masa nak bertolak kereta mula meragam dan saya terus ke bengkel.Kata mekanik kereta tak ada masaalah...kemudian saya pulang dan pujuk isteri mengatakan kuat hati saya kesana,setelah pujuk akhirnya dia bersetuju untuk ikut...jadi kami tolak jam 11.45am dari seremban mengikut jalan lama.Hujan begitu lebat waktu bertolak..dengar di radio yang kawasan-kawasan banjir, takut di hati tentang keadaan jalan.Tetapi tawakal kat Allah s.w.t dan saya teruskan perjalanan..sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebat...ada tempat yang air naik..ada yang tempat jalan tak nampak...tapi dengan izin Allah s.w.t saya dan keluarga sampai di kaki Gunung Jerai jam 10pm.Oleh kerana kali pertama kekok sikit sebab mencari masjid di sana tak ada sebab ada satu surau yang besar juga.Kata orang kampung masjid terletak jauh dari sana..jadi hajat saya ialah untuk bersembahyang di surau/masjid berdekatan Gunung.Alhamdullilah saya pergi ke surau di kaki Gunung itu bernama Surau Kepala Gunung.Tetapi surau dah tutup.Nasib kami agak baik kerana terdapat satu wakaf kecil dalam kawasan surau yang mempunyai lampu.Jadi saya habiskan tanggungjawab solat magrib dan isyak.Jam 11pm saya buat solat hajaat dan 3 yaasin.Tepat jam 1am anak saya mula menangis tak tahan gigitan nyamuk...jadi saya buat keputusan untuk berangkat balik ke seremban..sebab hajaat saya dan saya laksanakan..kami bertolak...masa balik saya gunakkan jalan bertol hingga ke Ipoh.Di semanggol jam 2am kami tidur di tempat rehat.Disana saya bermimpi yang saya diikut oleh dua ekor burung yang sangat cantik kemudian saya terbangun dan jam menunjukkan pukul 6.30.Tempat yang saya letak kereta dibawah pokok terdapat banyak burung...habis kereta saya dikerjakannya...nasib waktu itu ada pekerja r&r tengah mencuci dalam sempat saya cuci kereta..habis kami mandi dan solat subuh dan terus pulang.Alhamdullilah sampai pukul 4ptg.
|
|
comments (0)
|
Salam kepada kawan-kawan,
Web saya yang baru yang bernama amirmistik.web.com baru dibina pada pukul 7.30pm dan bertarikh 13/11/09.Mudah-mudahan Allah s.w.t merahmati saya dan web saya supaya hajaat saya menolong orang tercapai.